Wednesday 17 August 2011

Impiana II


Tarikh Terbit: 1 Mar 2008
Jumlah Muka Surat : 336

HARGA: RM21.00 After 20% RM16.80

SINOPSIS:
Mendaftar perkhidmatan Syarikat Impiana Sdn. Bhd. sangat mudah. Pastikan anda memiliki RM7000 dan semuanya di hujung jari. Tiga bulan tempoh perkhidmatan. Itu perjanjian yang akan dipatuhi Syarikat Impiana Sdn. Bhd. Tidak kurang mahupun lebih biarpun sedikit.
Tiga bulan yang sepatutnya menyeronokkan bertukar menjadi mendebarkan, menakutkan dan mengerikan.
Menyesal? Hendak Tarik diri? Tidak semudah itu....

Impiana


Tarikh Terbit: 1 Oct 2007
Jumlah Muka Surat : 320

HARGA: RM21.00 After 20% RM16.80

SINOPSIS:
Segala impian anda akan tercapai..... walau dengan apa cara sekalipun!

Armagedon: 2012


Tarikh Terbit: 1 Sep 2010
Jumlah Muka Surat : 560

HARGA: RM31.50 After 20% RM25.20

SINOPSIS:

Pada bulan November 2009, dunia dikejutkan dengan filem arahan Ronald Emmerich yang bertajuk 2012. Idea asal filem ini dipetik daripada kalendar kaum Maya yang mendakwa kitaran besar dunia tempoh ini akan berakhir pada tahun 2012 atau lebih tepat lagi pada 21 Disember 2012. Selain disokong oleh kalendar kaum Maya yang banyak didakwa berlaku secara 'kebetulan', mereka juga mendakwa pada 2012, sistem suria kita (Galaksi Bima Sakti) akan mengalami konfigurasi luar biasa, medan magnet bumi menjadi lemah dalam masa yang pantas, fenomena hubungan perubahan medan magnet bumi dan hubungan manusia berlaku dan lebih menarik lagi adalah perlanggaran planet Nibiru (Planet X) dengan bumi. Filem ini turut dibahas dan dikaji oleh ramai para intelek termasuk daripada NASA sendiri.
Muhammad Alexander mengkaji peristiwa kiamat ini sebelum filem 2012 ini ditayangkan. Kajian ini dimuatkan di dalam buku Armageddon: 2012 yang membahas kekeliruan para intelek dalam menghasilkan filem 2012 serta membahas fenomena kiamat yang disebut di dalam al-Quran dan hadis secara kronologikal. Turut dimuatkan gambar, carta dan hasil-hasil kajian mengenai kiamat yang dilakukan oleh para saintis. Ini menjadikan buku Armagedon 2012 sebagai buku yang membahaskan tentang kiamat yang terlengkap, tersusun dan gambaran yang mudah difahami.
Penulis adalah pesyarah di Universiti Brawijaya, Indonesia. Beliau kini dalam proses mendapatkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sejarah dan Peradaban. Beliau banyak menghasilkan kajian mengenai Yakjuj & Makjuj, Zulqarnain dan hari kiamat. Antara buku bestseller beliau adalah Yakjuj & Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung (2009) dan Alexander adalah Zulqarnain (2010).

Lafazkan kalimah cintamu







Jumlah Muka Surat : 811
Penerbit: SR Publication

HARGA: RM26.90 After 20% RM21.50

SINOPSIS:
Tengku Aqilah seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya seorang diri. Kepulangannya ke pangkuan keluarga telah membuka tirai luka dalam hidupnya.
Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.
Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu membenci gadis ini, mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus.Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya. Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada dirinya?

Chronicle 301: Semester Satu


Tarikh Terbit: 6 Nov 2009
Jumlah Muka Surat : 488

HARGA : RM19.50 After 20% RM15.60

SINOPSIS
Kami- Jijah, Iman, Nisa dan Awa dengan ini berikrar akan sentiasa:
- Mengingati Tuhan
- Berkelakuan baik
- Menyayangi ibu bapa dan keluarga
- Mendapat gred yang baik dalam peperiksaan ( )
- Tidak merosakkan Bumi dan isinya
- Memastikan bilik 301 dalam keadaan kemas dan bersih
- Menjaga persahabatan ini hingga akhir hayat
- Membantu mereka yang teraniaya
Di bilik 301, pertama kali mereka bersua. Karaktar dan latar mereka berbeza, pelbagai ragam dan warna, namun itu yang menjadikan mereka seia sekata.

Tuesday 16 August 2011

Aku, Dia & Gosip


Jumlah Muka Surat : 341
Kategori: RemajaRemaja Umum
HARGA:  RM 17.90  After 20% RM13.60

SINOPSIS
Gadis gigi jarang kaki gosip! Gadis bibir lebar, bermulut tempayan. Sama ada si kaki gosip, orang yang suka mengumpat, suka jaga tepi kain orang... semuanya boleh disingkap melalui seulas bibir. Oh, betulkah andaian ini?
Kehidupan Zaza gadis penggemar coklat semakin huru-hara untuk semestar kali ini. Gosip, fitnah dan khabar angin umpama ribut datang dari setiap penjuru. Tercungap-cungap Zaza mahu menepisnya. Dendam Maliz dan Asyikin kerana tidak mampu memenangi hati Fariz sentiasa membara. Akibatnya dua gadis ini menyebarkan fitnah. Gosip tersebar bagai virus berbahaya di Kolej Persediaan Pendidikan. Alkisahnya, Zaza ke Bangkok untuk pembedahan sedut lemak!
Zaza terduduk difitnah! Berita yang lebih sensasi menggemparkan kolej bertiup kencang. Pemerintah Negara Bumi Emas yang mencari permaisuri baru, berhajat melawat Kolej Persediaan Pendidikan. Misinya hanya satu. Mahu bertemu Zaza yang dilihatnya sebagai ikon gadis yang sihat.
Apa terjadi pada Zaza? Mengapa hidup ini penuh kacau-bilau? Orang yang suka mengumpat dan menyebar fitnah ini tidak takut dosakah? Mengapa perempuan suka bergosip? Semua ini membebankan fikiran Zaza. Namun doa dan kesabaran membuatkan Zaza cekal.

Semanis Tart Ceri


Jumlah Muka Surat : 368
Penerbit: PTS One Sdn Bhd
HARGA:  RM 19.90  After 30% RM13.90

SINOPSIS
Iman Selina, pengurus jelita merangkap chef.Norli Sarasi pelayan yang bercita-cita ke universiti.Rehana si penjaga kaunter yang terpelajar.Zizi si pelayan yang muncul di kafe bak Chipsmore.Khairul si pelayan penuh muslihat.Namun, keceriaan mereka bertukar menjadi 'mimpi ngeri' dengan kehadiran putera bak 'model iklan syampu' berwajah dingin yang merampas takhta pengurus di Kafe Ceri.Bagi Hakim Aiman, arahan bekerja di Kafe Ceri adalah paksaan yang tidak dapat dielakkan.Mampukah Kafe Ceri berjalan lancar dengan adanya pengurus baharu itu?